Tentang Blog Ini

Salam. Selamat datang ke blog muzik saya! Anda boleh mendengar hasil lagu yang saya buat di lagu ini. Sekiranya anda berminat mendapatkan khidmat saya, atau berminat mendapatkan mana-mana instrumental yang saya telah buat, sila klik link 'Q & A Blog' di atas. Terima Kasih kerana melayari blog ini, dan sila datang lagi! :) *Tekan 'Read More' untuk mendengar lagu :) -syam-

Disclaimer

Semua lagu yang terdapat di dalam blog ini saya buat bermula daripada kosong. Saya tidak menggunakan 'voice cancellation/karaoke mode'. Hampir kesemua lagu remake saya terjemahkan semula dalam program muzik/keyboard menggunakan pendengaran saya dan saya cuba mengikut 80% lagu asal, dan selebihnya saya menggunakan kreativiti saya sendiri. (Melainkan lagu yang saya nyatakan sumbernya)
HARAP MAAF, ada beberapa lagu tidak dapat didengar oleh kerana perubahan terma servis Box.com. Saya akan cuba mencari alternatif lain bagi menyelesaikan masalah ini. Sehingga itu, maafkan saya atas segala kesulitan.
Posted on Monday, June 8, 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah instrumental lagu Terukir di Bintang (Yuna). Instrumental ini saya buat adalah untuk nyanyian persembahan Koir Suara Gemilang PPD Kuala Kangsar. Ini adalah 'live recording' menggunakan mikrofon Zoom H2N.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan instrumental ini, boleh request melalui e-mail saya: orynx_010@yahoo.com. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini, and have a nice day! :)
Read More
Posted on
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya telah diberi kepercayaan yang paling besar oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar untuk 'compose' lagu rasmi PPD Kuala Kangsar. Amanah ini saya terima dan saya bersyukur kerana hasilnya juga diterima oleh Tuan Adnan Bin Rejab sendiri. Lirik yang padat tetapi sangat bermakna ini pula telah ditulis oleh En. Kamarulazua. Semoga ini menjadi salah satu titik tolak perkembangan saya dalam bidang yang memang saya minati ini :)


Sila klik butang 'play' untuk mainkan lagu.


Nyanyian oleh Pasukan Koir PPD Kuala Kangsar:




Sekiranya anda berminat mendapatkan khidmat saya dalam menggubah semula lagu sekolah/institusi anda, boleh hubungi saya melaui email: orynx_010@yahoo.com. InsyaAllah saya akan memberikan khidmat yang terbaik disamping menawarkan harga yang sangat berpatutan. Terima kasih kerana melawat blog ini! :)
Read More
Posted on
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya telah diberi kepercayaan oleh rakan saya semasa di IPGKTAR dahulu, saudara Charles untuk menggubah semula lagu sekolah beliau. Alhamdulillah, respon yang diterima adalah positif :)

Ini adalah lagu asal SKTB:




Berikut adalah lagu SKTB yang saya telah gubah semula:

Sekiranya anda berminat mendapatkan khidmat saya dalam menggubah semula lagu sekolah/institusi anda, boleh hubungi saya melaui email: orynx_010@yahoo.com. InsyaAllah saya akan memberikan khidmat yang terbaik disamping menawarkan harga yang sangat berpatutan. Terima kasih kerana melawat blog ini! :)
Read More
Posted on
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah gubahan semula lagu Terima Kasih Cikgu (Versi JPN Perak). Komposer asal lagu ini adalah Cikgu Wooi Sin Ho dan lirik ditulis oleh En. Ramli bin Hj. Abu Itam dan Pn. Norhisham binti Ismain. Lagu ini saya gubah semula bagi disesuaikan dengan nyanyian Koir PPD Kuala Kangsar.

Berikut adalah lagu versi asal:



Ini pula adalah versi yang saya telah gubah semula:



Ini pula nyanyian daripada koir PPD Kuala Kangsar :)




Sekiranya anda berminat mendapatkan gubahan semula ini, boleh request dengan cara menghantar e-mail ke: orynx_010@yahoo.com :)

Read More